Sunday 12 April 2015

Peluang Jana Pendapatan Sampingan (Side Income) Dari Rumah


Bagaimana nak jana pendapatan sampingan hanya dari rumah? Anda risau dibebani dengan hutang keliling pinggang? Serba salah dibuatnya tambah2 lagi dengan perlaksanaan GST nih.....semua perbelanjaan bertambah & dan akhirnya terpaksa pulak berhutang yang boleh menjerat diri.

Kalau macam tu, bagaimana caranya? Ok,  salah satu cara untuk bebas dari hutang adalah anda perlu buat sesuatu untuk menambah pendapatan lebih dari biasa. Kalau sekadar menunggu sahaja gaji bulanan sudah pasti banyak komitmen lain yang kita terpaksa tanggung. Betul tak?

Di sini, saya  ingin bercerita mengenai bagaimana saya mula  terlibat dalam bisnes Shaklee ini. Pada mulanya dulu, saya sebagai pengguna Shaklee sahaja dan mula cinta dengan Set Penyusuan Shaklee semasa melahirkan anak ketiga dahulu sebab saya tidak ambil jamu. Ini kerana masa pengalaman anak pertama & kedua dulu, saya ambil jamu dan susu pun kurang ditambah pulak kurang ilmu penyusuan ni & susu kering. Sehinggalah saya diketemukan dengan SET BERPANTANG Shaklee .

yelah pada mulanya saya menggunakannya dan alhamdulillah saya lihat keberkesannya di mana kalau sebelum tu balik kerja terus rasa nak melepek, bila amik set menyusu rasa cergas pula & boleh stay up malam dan boleh je bangun pagi tanpa rasa malas. alhamdulillah , kat opis tu dapat 16-20oz setiap hari...hihi.

Alhamdulillah juga niat saya tercapai untuk menyusukan anak sehingga umur dua tahun sepertimana dalam Al-Quran, Allah menyeru untuk ibu2 susukan anak hingga dua tahun.Sepertimana dalam Allah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233 yang bermaksud:-
"Dan ibu-ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN GENAP, iaitu bagi orang yang hendak MENYEMPURNAKAN penyusuan itu " .

jadi, apa salahnya untuk saya  nak share kebaikan dgn orang lain pula, kan.. Betul tak? Tambahan pulak, produk ni tiada kesan sampingan sebab ianya HALAL, selamat & berkesan. Kenapa saya terlalu menyakininya? Ini kerana ia dihasilkan dari alam semulajadi berdasarkan kajian saintifik. Lagipun, jenama produk dari syarikat ini sudah lama kukuh di pasaran global lebih kurang 50 tahun daahhh...jadi, produk ini amat diyakini terutamanya ibu-ibu di Malaysia ini. 

Bagaimana cara mahu Mulakan Pendapatan Besar Hanya Dari Rumah?

Pada zaman era ini, banyak kita lihat malah juga mendengar, terdapat individu2 sebagai blogger ini boleh menyara hidup dan berjaya dengan jayanya sehingga menjadi jutawan hanya dengan menulis blog sahaja. Sebab apa? Ini kerana keyakinan mereka untuk menggunakan peluang yang diberi untuk menyerlahkan kelebihan yang ada pada diri mereka. Jadi, kenapa tidak anda ? Maka, sebab itulah tidak mustahil bagi kita untuk jana pendapatan luarbiasa dengan bekerja dari rumah.

Bermulalah pengalaman baru saya iaitu menulis segala perkongsian dalam blog boleh dikatakan kerap kali untuk berkongsi mengenai kisah pengambilan set menyusu dan juga tips penyusuan & sambutan amat menggalakkan & ia boleh menambah pendapatan.

Saya Nak Buat Bisnes, Apa Perlu Saya Buat?


Bagaimana nak bermula ni? Bagaimana mahu bermula dari kosong hingga menjadi pro.ianya mudah sekiranya ada keinginan.

Nak ubah nasib diri kan? Nak bebas dari hutang kan? Ada cita-cita ingin bekerja dari rumah tanpa memakai uniform pejabat kan? Ada keinginan mahu pendapatan tambahan selain gaji hakiki kan?
Ok kalau dah alang-alang anda berminat dengan peluang mencari side income ini bolehla saya tunjukkan jalannya.

Permulaan Pertama Untuk Berbisnes 

Bolehke aku bole buat ni??Apa pulak tak boleh, belum cuba belum tahu kan.. Sebab tu saya dah cubalah saya  nak share ni.

Ok, macam ni, mula-mula anda kena mendaftar sebagai Ahli Shaklee yang sah. Bagaimana nak daftar tu?Nak daftar mudah sahaja, hanya berikan komitmen bayaran sebanyak RM75 dan anda boleh menjadi ahli berdaftar serta merta. Dan bermulalah satu perjalanan baru buat anda. Untuk pengetahuan, bayaran RM75 itu bukan nak masuk poket saya la, tapi ini adalah bayaran yang dikenakan oleh Shaklee Malaysia sebagai yuran pemprosesan menjadi ahli.

Kelebihan Mendaftar Ahli Shaklee Di Bawah Empayar ini

Banyak manfaat yang mahu dikongsi buat anda semua. Antaranya adalah:


  • Bimbingan/coaching adalah PERCUMA dan ianya 100% secara online.
  • Kami mempunyai group support yang juga berjalan secara online, dan boleh berkongsi maklumat dengan ramai lagi rakan-rakan lain di bawah empayar ini.
  • Tidak perlukan modal untuk membeli stok. Stok tidak perlu disimpan di rumah. Jika ada pelanggan yang mahu membeli produk, hanya buat belian secara online dan shaklee akan terus poskan pada alamat pelanggan
  • Tidak perlu keluar rumah untuk membuat jualan.
  • Tidak perlu menghadiri kelas, seminar secara berkala. Jika berminat untuk ke kelas iainya adalah kelas yang bermanfaat dianjurkan oleh shaklee Malaysia seperti kelas nutrisi untuk belajar tentang produk.
  • Bisnes yang sangat mesra keluarga. Anda boleh berbisnes sambil menjaga anak-anak, dan juga masih boleh meneruskan bisnes walau anda masih bekerja pejabat.
  • Masa yang fleksibel, hanya peruntukkan masa 2-3 jam sehari untuk belajar dan mantapkan skill yang akan akan belajar dalam group.
Aktiviti Kumpulan Kami

Kebiasaannya kami akan berhubung dan berkomunikasi setiap hari dalam satu group khas melalui online. Dan jika ada kelas pun ianya dibuat secara santai di mana kelas ini adalah hasil permintaan dan keinginan kami bersama seperti sesekali kami akan membuat sesi “potluck” di mana kami beramai-ramai jumpa dan belajar sambil makan-makan.



Tiada jadual specific untuk kami berjumpa, malah bila-bila masa yang perlu boleh berkumpul bersama jika ada permintaan. Yelah semuanya online sesekali nak juga bertentang mata kan. Namun ia bukanlah satu perkara wajib di mana semua orang patut datang. Tiada paksaan.

Orang kata jika tak mulakan langkah pertama bagaimana nak tau potensi diri. Usah terpengaruh dengan bisikan yang mengatakan tak boleh sebelum cuba. Adakah kita boleh meramal masa depan? Semua orang ingin berjaya namun tidak semua orang mampu mengatur langkah pertama.

Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi saya dengan mengisi borang seperti link di bawah. Insyaallah, pasti tak nyesal punyalah....hihi....


0 comments:

Post a Comment