Saturday 4 July 2015

Mahukan Susu Badan mencurah-curah terutama ketika berpuasa?

Bismillah...Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..


sudah lama rasenya dah tak update entri di sini..almaklumla bz selepas berpantang tempoh hari dan sibuk dengan si kenit nih..ini pun tulis entri sebab tak boleh nak tido sebelum waktu bersahur nihh...

korang nak tahu tak apa yang aku nak share kali ni??? sebenarnya,apa yang nak dikongsi ni adalah berkenaan dengan Tips macam mana nak dapatkan Susu yang Banyak terutamanya ketika berpuasa nihh..sory la entri ni baru nak tulis setelah 18 hari berpuasa sebab aku baru abis berpantang ari tuuhh..




anyway , tak apa kan sebab kita boleh amalkan selepas ni tak kisah la kalau bukan bulan puasa ponn...ianya boleh dilakukan pada bila2 je, hihi...

sebenarnya, aku pon turut risau seperti mommiess yang lain di luar sana di mana aku sudah mula bekerja pada Jumaat yang lepas iaitu 3 Julai 2015...ye lah..risau takut2 susu badanku kurang untuk dibekalkan terutamanya bila kita dah mula bekerja...

namun, melalui hasil pembacaan dibuat dan setelah aku mencuba teknik ini dan hasilnya alhamdulillah dengan izin Allah ia SANGAT MEMBERANGSANGKAN...mungkin, kawan2 mommiess di luar sana boleh juga teknik ni..iaitu POWER PUMPING..





apa itu POWER PUMPING ni?


POWER PUMPING adalah satu teknik untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. ia boleh dibuat sewaktu susu mulai berkurang , so bolehla cuba teknik ni.

Bilakah boleh dilakukan POWER PUMPING?

Teknik ini boleh dilakukan pada bila2 masa ikut suka kita..tak kisahlah 1 atau 2 kali dalam sehari, seminggu atau berminggu-minggu . lagi bagus! macam aku pulak hari tu sebelum mula bekerja, aku buat 2 hari sebelum kerja , contohnya aku start keje hari Jumaat, so ..aku dah mula buat POWER PUMPING ni hari Rabu la..so, senang aku nak target berapa pengeluaran susu untuk dibekalkan.itu pon aku buat 1 kali je dalam sehari selama 1 jam.

Bagaimana nak buat POWER PUMPING?

ia boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu : single pump atau double pump. mari kita lihat macam mana caranya:-



Caranya mudah je ,

a) kalau pakai single pump:

-pam sebelah payudara tak kisah kiri atau kanan selama 10 minit..lepas tu tukar sebelah lagi selama 10 minit. buatlah selama 1 jam.

b) kalau pakai double pump pulak:



-buat 10 minit sebelah payudara tak kisah untuk mula kanan atau kiri selama 10 minit, lepas tu, behenti sekejap 10 minit..kemudian sambung pam sebelah lagi selama 10 minit secara berulang-ulang sehinggalah dibuat selama 1 jam.
namun, macam aku ..guna double pump ni senang .sebab dia pam kedua-dua payudara kita serentak..so jimat masa.dan aku buat pada waktu tengahari..jadi, tak kisah korang nak buat bila2 pon. ada orang buat waktu subuh sebab tenang dan aman damai katenya, hihi..

jangan lupa, masa mengepam tu bacalah zikir dalam hati . macam aku, aku baca " Ya, Rahman, Ya Rahim"..baca je ulang-ulang..kalau tak, bacalah " Ya Allahxxx banyak2 kali pon takpe, asalkan kita berzikir la:). Ini kerana semua pemberian ini adalah dengan izin Allah S.W.T.

hasilnya, insyaallah akan nampak selepas itu..macam aku dah nampak hasil sehari selepas tu.
ia bergantung pada seseorang jugak. mula2 tu memang sikit, namun hasil keberkesannya akan terlihat pada next pumping. Bak kata pepatah " sikit2 lama-lama jadi bukit" ..haa....

kalau tak berhasil, jangan mudah berputus asa, perlu diingat supaya sentiasa positif, banyakkan berdoa, syukur, tawakal dan sabar ye..yang penting yakin susu kita akan bertambah. jangan risau sangat sebenarnya kalau susu sikit atau sebagainya..yang paling utama ianya cukup untuk anak kita..lama-lama akan banyak jugak hasilnya. Insyaallah!

seperti yang dapat dikongsikan ini, pada pagi ini selepas solat subuh, aku try buat POWER PUMPING dan inilah hasilnya selama sejam iaitu dari pukul 6:15 pagi - 7:15pagi. Tadaaaa!!!



sambil tu, macam aku ..aku usahakan juga makan supplement untuk tambah susu ni iaitu Set Menyusu Milk Booster Shaklee iaitu ESP dan Alfafa terutamanya ketika berbuka dan bersahur. lepas tu,banyakkan minum air kosong pada malam hari sebab siang berpuasa kan..letak botol tepi katil so,bangun malam2 senang nak capai dan minum je air kosong tu..

SET MENYUSU BASIC Penggunaan: sehingga 3 bulan


pada sesiapa yang berminat nak order Set Menyusu Shaklee Basic ini pada HARGA YG MURAH & MAMPU MILIK atau mahu dapatkan konsultasi PERCUMA, silalah contact ruzie sebagai wakil Shaklee yang SAH spt detail seperti bawah ini:-

Facebook (FB) : Ruzie Mustapah

Instagram (IG) : Ruzie Mustapah

email adds : ruziemus@gmail.com

watsup : 017-690 2607

Shaklee ID : 1186827

so, mommieess..jangan risau2 erk..relaks ok:). Semoga pengalaman aku ni dapat dijadikan manfaat buat semua moomiiess yang gojes2 di luar sana.

dan..jangan lupa, mana2 yang dah mencuba, silalah kongsi pengalaman anda atau tulislah di ruangan komen samada di blog ini atau di fb aku nanti. Selamat mencuba ye, bye:)

0 comments:

Post a Comment